--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sedetik Cinta....

Saturday, February 7, 2009
Hai
awak!" Sapa seorang lelaki yang tidak aku kenali sewaktu sedang meronda
seorang diri di salah sebuah pusat membeli belah di ibu

kota

.
Aku bukan suka sangat berjalan seorang diri begini, tetapi disebabkan
tiada teman yang sudi menemani aku hari ini dan ditambah pula dengan
rasa bosan yang teramat sangat, aku mengambil keputusan untuk keluar
seorang diri.

Aku berjalan tanpa menoleh kiri dan kanan.
Sebuah demi sebuah kedai aku masuk, bukan nak membeli hanya
membelek-belek apa-apa yang patut sahaja. Setelah penat berjalan, aku
duduk di salah sebuah bangku yang terdapat di pusat membeli-belah
berkenaan. Aku duduk sambil memerhati orang yang lalu lalang
sehinggalah ada seorang lelaki yang berani menegur aku di kala itu. Aku
hanya tersenyum biasa sahaja. Tak nak pula dikatakan sombong nanti.

"Awak, boleh saya duduk?" Jejaka itu bertanya.

Ha, ni yang aku malas ni. Baru senyum sikit dah berani nak lebih-lebih.
"Kalau tak malu duduklah. Lagipun ni harta awam!" Ujar ku bersahaja.

"Awak sorang saja ke?"

"

Ada

awak nampak siapa-siapa lagi di sini?" Jawab ku sinis.

Jejaka itu hanya senyum memandang ku. Aku berasa sedikit rimas, lagipun dah hampir setengah jam aku duduk di sini.

"Tunggu kawan?" Tanyanya lagi, namun aku hanya menggeleng sebagai jawapan.

"Saya Aril. Awak?" Dia hulur tangan, nak tak nak aku sambut juga. "Aleeya," ujar ku pendek.

Jejaka itu hanya tersenyum, cute juga! Getus hati ku. Jelas kelihatan
sepasang lesung pipit di pipi tembamnya. Kulitnya taklah putih sangat,
rambutnya panjang paras tengkuk dan matanya pula sepet sikit. Chinese
look orangnya! Boleh

Tanpa ku sedari, lama juga aku bersembang
dengan jejaka yang baru aku kenali itu. Aku senang berbual dengannya,
lantaran keramahan yang jelas ikhlas terpancar di wajahnya itu
menjadikan aku sudi menerima pelawaannya untuk makan di food court
berhampiran dengan tempat kami duduk berbual-bual itu. Aril memesan
makanan dan aku hanya memesan minuman sahaja, perut ku masih kenyang.
Sambil makan, kami saling berbual-bual sambil bertukar-tukar pandangan.

"Selalu ke keluar sorang-sorang macam ni?"

"Tak adalah selalu keluar dengan kawan. Tapi hari ni dia tak boleh
keluar, boyfriend dia baru balik dari Johor. Terpaksa la keluar
sorang." Selalunya aku keluar dengan Intan, tapi boyfriendnya, Angah,
tengah bercuti sekarang. Mesti dia orang nak habiskan masa bersama. Tak
nak la kacau daun.

"Boyfriend awak pula? Takkan boyfriend awak bagi awak keluar sorang-sorang?"

Banyak tanya pula mamat ni. Getus hati ku yang kurang senang dengan
pertanyaan itu. "Boyfriend kita tak ada. Tak tau la di mana. Maybe kat
Kedah.. maybe kat K.L, or maybe juga kat Johor. Ntah la." Aku seperti
melepaskan keluhan berat.

"Macam mana boleh jadi macam tu?
Takkan boyfriend sendiri pun tak tau kat mana?" Tingkah Aril dengan
riak wajah kelirunya. Blur semacam aje.

"Abis tu nak jawab
macam mana? Saya sendiri tak tau siapakah gerangan boyfriend saya tu!
Apatah lagi nak bagi tahu kat awak di mana duduknya, macam mana
rupanya… Moral ceritanya, saya masih belum berjumpa lagi dengan bakal
boyfriend saya tu. Kepada sesiapa yang berminat, boleh la isi borang."
Balas aku sambil ketawa. Dia pun turut ketawa. Terkena juga dia!

"Pandai buat lawak ye.. Tak apa, ada ubi ada batas!" Balas Aril dan aku hanya terus ketawa.

Hampir petang, aku minta diri untuk pulang. Dia menawarkan diri untuk
menghantar aku, tapi aku tolak. Nak mampus kalau mak aku nampak? Aku
cuma tinggalkan nombor handset aku. Kot-kot dia nak call aku…

——————————————————————————–

Hari seterusnya, aku menghadiri kuliah seperti biasa. Tak ada yang
istimewa. Sibuk dengan assignment dan artwork. Terlupa terus tentang
jejaka yang bernama Aril, jejaka yang ku kenali hampir seminggu yang
lalu. Sehinggalah pada suatu hari handset aku berdering. Tertera nombor
yang asing.

"Hello!" Suara aku ala-ala perempuan Melayu terakhir. Biasa la, control ayu punya pasal.

"Awak, ni orang la!"

Anak siapa pula ni. Tetiba je menjerit. Memang la orang, tak mungkin
kambing boleh call aku kot. "Sape ni?" Aku makin confuse. Aku

cuba

ingat-ingat balik pemilik suara ni. Ayie? Boy? Syamil? Tak mungkin. Dia orang semua panggil aku akak.

"Orang la. Takkan dah lupa. Sampai hati awak! Tak sampai seminggu dah
lupa kat orang. Itulah, ramai sangat balak," Suaranya mula mengendur,
tak seceria mula-mula tadi.

"Ooo…awak, mamat kat shopping
complex tu! Siapa nama ha? Dah lupa la wak!" Aku betul-betul tak ingat.
Asyik berawak, sampai terlupa nama dia.

"Aril lah. Sampai hati awak lupa kat saya."

"Bukan sengaja la wak. Lagi pun saya tak sangka awak nak call saya. Mesti awak rindu kat saya

kan

?" Tak disangka-sangka terkeluar pula soalan tu. Macam mana aku boleh tanya dia soalan yang macam tu? Tak tahu malu!

"Memang la. Dah lama saya nak call, tapi busy sikit. Kerja banyak sangat."

"Orang pun banyak kerja juga ni. Assignment tak habis-habis. Penat tau!" Balas ku.

"Ooo, student lagi awak ni. Saya ingatkan dah kerja. Awak study kat mana ?"

"Cosmo. Ambil kursus Diploma in Multimedia. Baru second year. Awak keje mana?"

"Technician kat Eureka Computer Sales & Service."

"Oo, kalau komputer saya rosak, boleh la saya panggil awak ye!" Tingkah ku ceria.

"Boleh!… Untuk awak, free of charge!" Balas Aril sambil ketawa riang.

"Iye ke?"

"Iye la. Kita

kan

kawan. Hope we’ll be good friends!"

"Of course la. Saya suka kawan dengan awak. Awak ni sempoi, happy go
lucky and easy going person. Saya harap segala tanggapan saya terhadap
diri awak tu tepat la."

"Ntah la. Nanti kalau saya kata iye,
awak kata saya ni masuk bakul angkat sendiri pula!" Ujar Aril lagi
sambil ketawa. Dia sememangnya seorang yang periang dan kelakar.

Sejam berbual di telefon bagaikan tak terasa. Macam-macam topik yang kami bualkan. Dari bab famili, sampai la ke bab komputer.

"Okey la wak. Dah lama sangat ni. Lain kali saya call lagi. Emmm…
boleh kita jumpa lagi tak?" Tanya Aril sebelum mengakhiri perbualan.

"Boleh. Bila-bila awak nak dan kalau saya free. Apa-apa hal, awak call saya dulu okay," ujar ku sebelum mematikan talian.

——————————————————————————–

"Intan tau tak?"

"Tak tahu!" Pantas Intan memintas.

"Ini la akak nak bagi tau lah ni. Akak ada kenal dengan one guy masa
akak jalan sorang-sorang hari tu. Mamat ni memang sempoi. Semalam dia
call akak. Best sembang dengan dia," ujar ku meluahkan isi hati ku yang
terpendam selama ini.

"Handsome tak kak? Siapa namanya?" Soal
Intan, nampak excited mendengar dan sememangnya dialah pendengar setia
cerita-cerita aku.

"Nak kata handsome tu, tak de la sangat. Tapi not bad la. You know my taste

kan

? Tapi moral ceritanya, akak suka kawan dengan dia. Nanti kalau ada masa, akak bawak Intan jumpa ngan dia."

"Tak takut Intan potong line ke?" Tanya Intan mengusik.

"Eh mak cik! Boyfriend awak tu nak campak kat mana? Insaf la sikit."

Intan hanya ketawa hingga keluar air mata. Biasa la… Intan memang macam tu.

——————————————————————————–

"Aleeya, kenapa teruk sangat artwork awak ni. Macam budak sekolah rendah.

Cuba

awak teliti bagaimana cara awak potong gambar ni, tak kemas langsung. Do it again!"

Aku tarik muncung 14 inci. Encik Syam ni memang, kalau dengan aku ada
aje yang tak kena. Nasib baik dia tu lecturer aku. Sabar je la. Kalau
tak…

"Hai awak, macam mana sekolah hari ni?" Suara Aril macam selalu. Ceria dan bersemangat.

"Eh, saya bukan budak sekolah la. Tolong sikit!"

"

Ada

apa-apa yang boleh ditolong? Komputer rosak ke? Saya boleh tolong betulkan."

"Ooo… Loyar buruk ye. Tak pe!"

"Merajuk la tu. Nanti cepat tua tau wak."

"Tua pun tak pe la. Muda pun tak de sapa yang nak."

"Alahai.. merendah diri la pula. Awak tu dah cukup tinggi, jangan nak merendah diri pulak.."

Aku ketawa mendengar usikannya itu.

"Awak, kita keluar Ahad ni. Tengok wayang. Cerita Gila-gila Pengantin ke, Shanghai Knight ke?"

"Tengok la dulu wak. Kalau minggu depan saya tak de apa-apa yang kena
submit, saya on saja. Lagi pun dah lama saya tak tengok wayang. Awak
belanja saya ye?"

"Mesti la.

Kan

saya yang ajak awak keluar. Lagi pun awak

kan

budak sekolah lagi."

Kata-katanya aku sambut dengan hilai tawa. "Ngutuk orang ye pak cik… Sesedap oren aje kata orang budak sekolah."

"Ye la, awak tu dah tua-tua pun sekolah lagi."

"Iye la tu. Awak sorang je la yang muda lagi." Ujar ku dengan nada merajuk.

"Marah la tu. Sorry… gurau je," Aril bersuara kesal.

"Mana ada marah. Awak

kan

kawan saya."

"Okey la. Saya tunggu awak di

sana

pukul 12." Katanya sebelum memutuskan talian.

——————————————————————————–

"Lama tunggu wak?" Ujar ku sesampai sahaja di tempat yang telah kami janjikan.

"Hampir 15 minit. Kenapa awak lambat?"

"Bas lambat tadi. Penat tau," Aku merungut.

"Makan jom! Saya dah lapar ni." Ajak Aril.

"Nak kena makan jugak ke?"

"Ye la mak cik!

Kan

saya dah janji nak belanja awak. Jom la…"

Nak tak nak aku ikut juga Aril menuju ke

Food Court

.
Lepas makan, kami terus masuk panggung. Tengok filem Gila-gila
Pengantin. Keluar sahaja dari panggung, hujan turut dengan lebatnya di
luar. Tak sedar langsung masa kat dalam tadi. Aku mula gelabah.

"Awak, hujan lebat ni," ujar Aril.

"Tu la pasal. Kena naik cab la ni. Kalau nak tunggu hujan reda, tak tau
bila. Ha… cab tu kosong, saya balik dulu ye…" Aku terus meluru ke
arah sebuah teksi yang kosong namun langkah ku terhenti apabila
tiba-tiba Aril menarik tangan ku sebagai tanda menahan langkah ku.

"Apa ni awak. Nanti kalau orang lain yang dapat naik cab tu macam mana? Hujan-hujan ni bukan senang nak dapatkan cab."

"Biar saya yang hantar awak. Lagipun saya yang ajak awak keluar. Hujan
lebat ni. Kang jadi apa-apa susah pula," ujar Aril bersungguh.

Akhirnya aku akur. Lantas dia segera meredah hujan lebat untuk
mengambil keretanya. Tak sampai 5 minit, sebuah kereta kancil berwarna
silver berhenti di hadapan aku. Aril tersenyum. Aku terus melompat
masuk ke dalam kereta sebelum hujan membasahi aku. "Kesian awak…
basah."

"Sikit aje. Asal awak tak basah sudah la." Aril
tersenyum lebar. Aku mengeluarkan sehelai tuala kecil dari dalam beg
Adidas yang aku bawa dan menghulurkan pada Aril.

"Thanks."

Dia senyum lagi. Hish… jangan la senyum banyak-banyak. Cair la aku!
Dia berhenti betul-betul depan rumah aku. Mula-mula aku tak nak. Tapi
memandangkan hujan masih lebat dan hari mulai gelap, aku setuju.

"Tak nak singgah dulu?"

"Tak payah la. Nanti mak awak makan saya." Aku senyum. Aku tahu dia cuma mengusik aku.

"Siapa hantar tadi?" Tanya mak sebaik sahaja aku masuk.

"Kawan," jawab aku pendek. "Lelaki ke perempuan?" Mak masih tak puas hati.

"Lelaki." Tingkah ku jujur. Tak suka nak menipu.

"Berani la kamu balik dengan lelaki. Buatnya dia ada niat tak baik
dengan kamu, macam mana? Cakap mak bukan kamu nak dengar." Mak mula
buka radio karat dia.

"Mak tu prejudis sangat. Saya tahu jaga diri, saya tak

kan

naik kereta dengan orang yang saya sendiri tak percaya." Aku terus naik ke atas. Malas nak dengar apa lagi ulasan dari mak.

Lepas solat maghrib, Aril menghubungi aku. "Mak awak marah ke?"

"Marah juga sikit. Biasa la, orang tua. Membebel je. Mesti dia risau jugak sebab saya tak pernah balik lewat."

"Sorry la kalau saya buat awak kena marah."

"Bukan salah awak la. Perkara biasa la tu." Terang ku agar Aril tidak terus menyalahkan dirinya.

——————————————————————————–

Sedar tak sedar perkenalan aku dan Aril berlanjutan hingga setahun.
Sepanjang tempoh itu, aku bebas bercerita apa sahaja dengan dia. Banyak
masalah aku yang dia tahu. Aku tak pandai nak berahsia dengan dia.
Pernah satu hari tu, ada member chat aku kacau aku, ajak aku kawin.
Tiap-tiap hari call aku sampai enam hingga tujuh kali sehari. Aku jadi
takut. Aku mengadu semuanya pada Aril. Dengan sedikit nasihat dia, aku
berjaya menjauhkan diri dari mamat tak cukup skru tu.

Perbualan aku dan dia tak pernah menyentuh soal perasaan. Memang pernah
terdetik cinta di hati aku, tapi bila aku tengok cara dia melayan aku,
aku tak fikir dia juga mencintai aku. Sebagai sahabat, dia cukup
istimewa bagi aku. Dia juga boleh menyesuaikan diri dengan kawan-kawan
aku yang lain. Intan, Syahidah dan Sarah nampaknya menyenangi Aril.
Pernah juga kami keluar beramai-ramai. Main boling dan tengok wayang.
Aril seorang yang kelakar, periang dan penyayang. Kadang-kadang aku
terfikir, takkanlah orang macam Aril ni masih tak berteman lagi? Pernah
juga aku tanya dia, tapi dia cuma geleng kepala sambil senyum. Apa
maksud dan rahsia di sebalik senyumannya itu?

——————————————————————————–

"Awak, awak rasa antara kita berdua siapa yang akan kawin dulu?" Tetiba satu hari Aril tanya soalan membunuh pada aku.

"Kalau nak suruh saya kahwin, muka calon suami saya tu pun saya tak boleh nak gambarkan lagi. Saya tunggu awak kahwin dulu la."

Dia hanya tersenyum lebar mendengar jawapan aku. "Apa kata kita kawin sama-sama. Satu pelamin, satu bilik pengantin…

kan

best tu!"

"Itu kena tunggu awak pinang saya lah." Aku tunduk menahan malu. Di dalam hati ku berkata, tak senonoh betul la mamat sekor ni.

"Nantilah… kalau saya dah kaya nanti saya akan pinang awak. Awak nak hantaran berapa? RM10 ribu… RM20 ribu?"

"Eh pakcik, awak ingat saya ni Siti Nurhaliza ke? Nak letak hantaran
sampai macam tu sekali. Takpe la… kira kawan-kawan… RM25 ribu dah
la. Itu pun dah bagi diskaun dah."

"Baik saya pergi pinang Siti Nurhaliza ke, Maya Karin ke."

"Tolonglah!"

Aril ketawa. Tak habis-habis buat lawak. Memang bertambah tembam la
pipi aku kalau duduk bersembang dengan mamat sorang ni. Hilang tension
kejap.

——————————————————————————–

Tapi satu hari, tidur aku di kejutkan oleh bunyi telefon bimbit ku yang
menandakan ada SMS diterima. Aku senyum riang bila melihat pengirimnya
ialah Aril. Memang telah menjadi kebiasaannya, menghantar SMS kepada
ku. Tapi bila aku membaca SMS itu, kepala aku bagaikan dihentak dengan
sebiji batu yang besar.

‘Saya nak bertunang 25hb ni’

Aku tak tahu nak kata apa. Setitis demi setitis air mata aku mengalir.
Antara percaya dengan tidak. Aku terus mendail nombor telefon Aril.

"Aril, betul ke apa yang awak tulis tadi."

"Betul lah. Awak ingat saya tipu awak ke? Saya tak pernah tipu awak selama ni." Suara Aril serius.

"Kenapa baru sekarang nak bagi tahu? Kenapa selama ni awak tak pernah
bagi tau yang awak dah ada someone special?" Aku menahan sebak di dada.
Memang aku akui kami tidak pernah berbicara mengenai sesuatu perkara
yang serius sebegini sebelum ini.

"Awak pernah dengar tak lagu
‘Suratan Atau Kebetulan’? Sesuatu yang tak disangka, sering kali
mendatangi kita…" Aril menyanyikan lagu itu di telinga aku. Air mata
aku terus mengalir.

"Tapi kenapa secara tiba-tiba? Really
unexpected! Kalau dari dulu saya tahu, saya takkan serapat ini dengan
awak. Saya rasa setakat ni saje persahabatan kita."

"Awak, takkan saya harus kehilangan awak hanya kerana pertunangan saya ini!"

"Awak kena faham Aril, bila awak dah jadi tunangan orang, perhubungan
kita dah tak boleh macam dulu lagi. Saya tak nak timbul perkara yang
tidak diingini di kemudian hari. Boleh jadi fitnah tau?" Ujar ku kesal.

"Saya pun tak sangka yang saya akan bertunang dalam masa terdekat ni."

"Senangnya awak cakap. Habis tu selama ini, siapa saya bagi awak?
Kenapa saya jadi orang terakhir yang tahu mengenai berita ini?"

"Saya perlukan dia, dalam masa yang sama saya juga perlukan awak."

"Tak boleh Aril. Kalau dari dulu awak bagitau dan awak kenalkan dia
dengan saya, mungkin saya boleh menerimanya. Tapi sekarang saya tak
mampu menerimanya dan cara yang paling baik, kita putuskan persahabatan
ini."

"Tapi kita masih boleh terus berkawan. Saya hanya
bertunang. Saya tak mahu kehilangan apa yang saya dah ada," tingkah
Aril dengan nada yang agak sedih.

"Aril, kadang-kadang kita
terpaksa mengorbankan sebuah perhubungan yang lama demi memulakan
sebuah perhubungan yang baru. Kita tak boleh tamak. Saya rasa awak
seperti tidak menganggap yang saya ni sebagai kawan baik awak. Awak
seperti membelakangkan saya dalam hal ini. Sedangkan ini adalah satu
berita gembira yang saya rasa, saya patut tahu demi berkongsi
kegembiraan dengan awak. Mungkin awak dah tak perlukan seorang sahabat
seperti saya lagi." ujar ku agak tegas.

"Saya tak bermaksud macam tu."

"Sebelum ini saya tak pernah merahsiakan apa-apa dari awak, orang ingat
awak pun sama. Tapi ternyata saya silap. Awak telah merahsiakan satu
benda penting dari pengetahuan saya. Jauh di sudut hati saya, awak
tetap sahabat saya. Abadikanlah persahabatan kita ini biarpun kita
saling tak berhubung lagi." Aku berbicara panjang lebar tanpa memberi
ruang untuk Aril menyampuk. Air mata ku mengalir laju.

"Apa maksud awak? Macam mana persahabatan kita nak abadi kalau kita dah tak berhubung."

"Saya akan terus mengingati awak, someone that is really special in my
life, someone yang pernah jadi kawan baik saya, yang pernah sama-sama
kongsi masalah dengan saya. Cuma saya tak nak menimbulkan masalah dalam
hubungan awak dengan tunang awak nanti. Saya harap awak faham. Bye!"
Aku terus memutuskan talian. Air mata ku terus mengalir dan akhirnya
aku menangis.

Aku sendiri tidak pasti kenapa aku harus
menangis. Yang pastinya, aku sudah kehilangan seorang teman…! Kini
aku sendiri lagi! Kehilangan Aril meninggalkan satu kesan yang mendalam
bagi diri ku. Aku menjeling jam di atas meja, hampir pukul 4 pagi. Aku
tak mampu melelapkan mata dan air mataku tak henti-henti mengalir.
Kelihatan seperti Aril dibawa pergi dari hidup aku. Dirampas pergi dari
hidup aku.

Semakin lama semakin jauh dan akhirnya semakin
kabur dek air mata aku yang mula bertakung kembali. Aku tak pasti
kenapa aku harus bersedih. Mungkin kah Mungkin kah kerana aku terlalu
menyayanginya? Ku rasakan seperti ada kekosongan dalam jiwa ku,
kekosongan yang tak mampu diisi oleh orang lain. Aku pasrah dan aku
relakan kau pergi dari hidup ku!

0 comments:

Post a Comment